Mohamad Norza Zakaria

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (lahir 29 Ogos 1966) adalah salah seorang tokoh masyarakat di Malaysia dan telah dikurniakan anugerah ‘Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)’ yang membawa gelaran ‘DATO’ SRI’ oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, pada 24hb Oktober 2016.[1]Sebelum itu, pada 1hb Februari 2015, Dato' Sri Norza telah dikurniakan anugerah ‘Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW)’ yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Antara anugerah Darjah Kebesaran lain yang diterima oleh Tan Sri Norza:Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di mana kedua-duanya mempunyai sejarah yang panjang dalam melahirkan pemain berkelas dunia serta memenangi pelbagai kejohanan, antaranya seperti Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.Pada 5hb Mei 2018, Dato' Sri Norza telah dipilih menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan juga akan memegang jawatan Presiden bagi Majlis Sukan Komanwel Malaysia. Beliau juga telah dilantik oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai chef-de-mission (CDM) untuk Malaysia bagi Sukan SEA ke-28 di Singapura tahun 2015 yang akan diadakan dari 5hb-16hb Jun 2015.Selain itu, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia (MCPF). Selaras dengan minat dan semangat yang tinggi bagi acara sukan polo, Dato' Sri Norza juga merupakan Presiden bagi Kelab Polo Putra.